fbpx

Sanggup rosakkan 4 kereta larikan dadah hampir setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengedar dadah sepenuh masa bertindak agresif ketika ditahan pihak polis selepas kegiatannya dihidu dalam satu serbuan di tepi jalan, Jalan Klang Lama, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, hasil maklumat orang awam, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah menangkap seorang lelaki tempatan menerusi Op Baccharis.

Katanya, operasi bermula pukul 5 hingga 9 malam itu berjaya menahan suspek di dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro dan hasil ujian air kencing mendapati suspek di bawah pengaruh methamphetamine

“Suspek yang juga duda anak tiga telah bertindak agresif ketika ditahan selepas didapati memiliki syabu seberat 5 kilogram (kg) bernilai RM219,000.

“Sekurang-kurangnya empat buah kereta orang awam dirosakkan suspek bagi mengelakkan dirinya daripada ditangkap. Namun tiada kecederaan jiwa yang berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan tangkapan suspek berusia 38 tahun itu, serbuan kedua membawa kepada rampasan sebanyak 14,600 biji pil erimin 5 yang bernilai RM219,000 serta wang tunai RM1050 di sebuah kondominium di Taman Desa, di sini.

Menurut Azmi, jumlah keseluruhan rampasan dadah, wang tunai dan kereta Nissan Cefiro dipandu suspek bernilai kira-kira RM473,050.

“Kegiatan suspek selama dua bulan sebagai pengedar dadar telah menjadikan kondominium mewah yang dikawal pengawal keselamatan sebagai tempat penyimpanan bahan khayal tersebut untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Suspek perolehi bekalan dadah daripada pengedar tempatan di dalam daerah ini juga dan menjadikan aktiviti mengedar dadah sebagai saluran pendapatan utamanya,” ujarnya.

Tegas Azmi, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan baki ahli-ahli sindiket yang terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek direman tujuh hari sehingga Selasa hadapan. Kejayaan tangkapan ini juga hasil daripada maklumat orang awam diberikan kepada pihak polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI