fbpx

Dewan Rakyat: Pengambilan doktor, KKM perlu berbincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) perlu berbincang dengan agensi-agensi kerajaan lain sebelum membuka perjawatan baharu dalam usaha menangani kekurangan kakitangan di fasiliti kesihatan sekali gus membantu mengurangkan masalah kesesakan di hospital kerajaan.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, KKM akan terus mengadakan libat urus dengan pihak seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan sebelum membuat pengambilan baharu.

“KKM kalau boleh hendak mengambil semua doktor, tetapi kalau perjawatan itu tidak ada dan kalau kita tidak dapat duit, maka kita tak boleh laksanakan.

“Saya minta juga pertimbangkan hal ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu mengenai inisiatif kerajaan untuk menangani isu kekurangan kakitangan di hospital-hospital kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pesakit mengamuk kerana didakwa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan Hospital Serdang tular.

Sebelum ini, kerajaan turut berdepan dengan tuntutan daripada doktor-doktor kontrak di seluruh negara untuk diserap sebagai kakitangan sepenuh masa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI