fbpx

Dewan Rakyat: Layanan sama rata semua negeri – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan memberi layanan sama rata kepada semua Kerajaan Negeri meskipun ia ditadbir oleh parti yang tidak membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Jaminan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beliau memaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan berkompromi dalam soal pembangunan infrastruktur dan serta pendidikan terutamanya di luar bandar.

Buktinya kata Ahmad Zahid, bulan lalu pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan semua menteri dan exco kerajaan negeri untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Saya ambil keputusan, semua negeri yang dikuasai parti yang bukan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan untuk turut dibabitkan dan ini terbukti daripada keberadaan mereka dalam mesyuarat berkenaan. Mesyuarat ini seperti ini juga akan diadakan tiga kali pada tahun ini.

“Ini bagi memperlihatkan komitmen kita kepada semua kerajaan negeri tanpa mengira warna politik yang berbeza,” katanya pada sesi Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) yang bertanya mengenai komitmen Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri yang diperintah Perikatan Nasional.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, selain kerjasama negeri, pihaknya juga tidak meminggirkan pembangunan wilayah apabila 16.5 peratus peruntukkan kementerian di serahkan kepada Sabah dan 14.5 peratus kepada Sarawak.

“Ini memperlihatkan bahawa komitmen Perdana Menteri kepada semua. Selain itu, Perdana Menteri juga memutuskan mana-mana projek bernilai RM50 juta ke bawah diserahkan terus kepada Kerajaan Negeri.

“Dalam hal ini, agensi-agensi kerajaan negeri diberikan ‘kuasa’ untuk melakukan projek-projek ini kerana hanya mereka yang berada tempat itu sahaja tahu apakah keutamaaan di situ,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI