fbpx

Lelaki mengaku mandul, elak tanggung anak kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan tekanan hidup apabila kekasihnya sanggup menipu dengan mengatakan dirinya mandul gara-gara tidak mahu bertanggungjawab selepas wanita itu disahkan hamil.

Wanita itu menerusi ciapan di Twitternya baru-baru ini berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama kekasihnya yang dilihat cuba ‘lepas tangan’ terhadap kandungan tersebut.

“Beri tahu saya ini bukan satu jenaka, selepas enam bulan dan awak nak kata awak mandul? tak masuk akal sayang.

“Sekarang awak tak nak bertanggungjawab? Awak tak mengaku anak awak? Selepas dah ada kekasih lain, baru nak mengaku kata mandul?,” ciap wanita itu.

Tangkap layar perbualan WhatsApp wanita itu bersama kekasihnya yang dikongsikan di Twitter.

Melihat kepada perbualan WhatsApp itu, lelaki berkenaan memaklumkan dia telah membuat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesahkan dirinya mandul.

Dalam pada itu, lelaki tersebut turut mengugut kekasihnya selain meminta wanita berkenaan bercakap jujur sama ada dia pernah terlanjur dengan lelaki lain.

“I (saya) baru sahaja dapat panggilan daripada doktor dua hari lepas. Doktor beritahu I tak boleh ada anak. Jadi I nak tahu betul ke tidak, you (awak) kena jawab dengan jujur.

“Betul ke itu anak I atau anak lelaki lain? Sebab I 100 peratus pasti I tak boleh buat anak,” soal lelaki itu menerusi perbualan di WhatsApp.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meminta wanita tersebut memadamkan semula ciapannya kerana dilihat bakal memberi kesan buruk terhadap dirinya dan keluarga.

Bagaimanapun, wanita itu enggan berbuat demikian dan memaklumkan mahu menuntut keadilan daripada nasib yang menimpanya.

“Saya tak akan padam, dah ramai ‘hentam’ (salahkan) saya kata wanita tak ada maruah, tapi lelaki itu (kekasih) juga patut dipersalahkan dan bertanggungjawab,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI