fbpx

Dewan Rakyat: Tiada cadangan ada GST balik tampung hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menampung kenaikan kadar hutang negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sebaliknya akan mengetatkan pengurangan subsidi bagi golongan kaya supaya yang miskin tidak terus dibebani.

“Seperti saya jelaskan di dewan ini dalam sesi lalu, walaupun ada keputusan kerajaan sebelum ini untuk menaikkan tarif elektrik, kerajaan sekarang sudah membatalkan rancangan itu.

“Kita mengenakannya hanya kepada T20 (berpendapatan tinggi), syarikat multinasional dan syarikat besar melainkan syarikat yang terbabit dalam keselamatan makanan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan mengambil langkah bagi mengurangkan perbelanjaan dan menyelesaikan liabiliti serta hutang kerajaan yang kini mencecah RM1.5 trilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI