fbpx

Kantin sekolah rosak di Maran akan dibaik pulih- KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan murid-murid yang terpaksa makan di merata-rata tempat ekoran keadaan kantin sekolah rosak.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan kantin di Sekolah Kebangsaan Kampung Awah, Maran, Pahang akan dibaik pulih selain sudah disenaraikan dalam projek daif kementerian.

KPM menerusi kenyataan akhbar berkata, kantin rosak itu sudah termasuk dalam senarai 74 projek daif yang diperakukan untuk Rolling Plan ke-3 (RP3) tahun 2023.

Menurutnya, kelulusan projek berkenaan tertakluk kepada pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

“KPM difahamkan, projek baik pulih kantin itu akan membabitkan aspek merobohkan bangunan daif sedia ada dan membina semula bangunan baharu termasuk kantin dan lain-lain.

“Kemudahan lain dibina termasuk mengikut piawaian dan mesra OKU, perolehan peralatan dan kelengkapan baharu serta menambah baik kemudahan infrastruktur sedia ada,” katanya tadi.

Bagaimanapun, katanya, sementara menunggu pembinaan semula kemudahan itu, pihak sekolah sejak awal lagi telah meletakkan pita larangan memasuki kawasan tersebut atas faktor keselamatan kerana ia diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Pihak sekolah juga telah menyediakan khemah khas untuk digunakan oleh murid dan guru ketika waktu rehat.

“KPM sentiasa cakna dan prihatin terhadap isu yang melibatkan soal kebajikan dan keselamatan murid serta komited memastikan sekolah berada dalam keadaan baik, selamat dan kondusif untuk keselesaan murid dan guru,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan isu kerosakan kantin sekolah itu menyebabkan 230 orang murid terpaksa makan merata-rata termasuk di tepi longkang.

Difahamkan, kantin sekolah itu rosak sejak 2016 selain aduan sudah disalurkan kepada pihak berwajib, namun tiada tindakan dilakukan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI