fbpx

Dua cedera, kereta dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada tiga buah kereta yang rosak akibat dihempap pokok tumbang, pada petang tadi.

PETALING JAYA – Dua individu termasuk seorang wanita cedera manakala tiga kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang di sekitar Kuala Lumpur ekoran hujan lebat dan angin kencang petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, dua panggilan kecemasan diterima sekitar pukul 5 petang membabitkan dua kawasan iaitu berhampiran Masjid Negara dan Taman Pagar Ruyung, Kuala Lumpur.

Ujarnya, seramai 15 anggota, bersama dua jentera dan sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Seputeh telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di kawasan berhampiran Masjid Negara kira-kira pukul 5.13 petang, terdapat sebuah kereta yang melalui jalan tersebut telah dihempap pokok.

“Seorang mangsa wanita di dalam kereta jenis Proton Exora didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan mengalami cedera ringan.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan wanita tersebut dan mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh pihak ambulans,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Sementara itu, kejadian sama turut berlaku di Taman Pagar Ruyung, Kuala Lumpur apabila dua buah kenderaan iaitu Perodua Aruz dan Toyota Vios telah dihempap pokok.

Dalam kejadian terbabit katanya, empat mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa dan dua kanak-kanak berada di dalam kereta Perodua Aruz manakala tiada mangsa ditemui dalam kereta Toyota Vios.

“Mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan dan sesak nafas kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI