fbpx

1,000 pelajar di P. Pinang terima sumbangan TYT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi (dua dari kanan) ketika program Educare "Back To School 2023" di Mydin Bertam, hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seramai 1,000 pelajar dari 21 buah sekolah seluruh negeri ini menerima bantuan persekolahan bagi sesi 2023 yang disalurkan Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menerusi peruntukan RM250,000.

Menerusi inisiatif itu, yayasan menyediakan bantuan baucar RM250 kepada setiap murid dan pelajar daripada golongan B40 sebagai persiapan persekolahan nanti.

Ketua Pengawai Eksekutifnya, Datuk Seri Rozali Mohamud berkata, bantuan yang disalurkan sebelum bermulanya cuti persekolahan itu bakal memudahkan ibu bapa untuk membuat persediaan anak-anak untuk anak-anak.

Menurutnya, program tersebut juga bertujuan membantu meringankan beban golongan ibu yang terjejas pendapatan setiap kali musim persekolah baharu bermula.

“Baucer tersebut boleh digunakan di mana-mana enam cawangan terpilih Mydin Wilayah Utara. Kita faham cuti sekolah nanti akan ada ibu bapa dan anak-anak akan pulang ke kampung dan mereka boleh membeli-belah menggunakan baucar ini dengan mudah sama ada di sini, Kedah dan Perak.

“Pihak yayasan komited untuk meneruskan program yang dijalankan buat kali pertama ini bagi tujuan membantu golongan memerlukan. Menerusi baucer ini juga, penerima boleh menikmati dua pasang uniform, kasut sekolah, beg, alat tulis dan peralatan persekolahan,” beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Educare Kembali Ke Sekolah di Mydin Bertam, di sini hari ini.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak hadir menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan. Turut sama ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI