fbpx

Wajah dikatakan iras Ira Kazar, Alyah pening

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYAH bengang kerana wajahnya disamakan seperti Ira Kazar sedangkan katanya dia yang lahir terlebih dahulu.

NETIZEN kalau tak kelakar, memang tak sah. Sampai bengang penyanyi Datin Alyah apabila wajahnya dikatakan iras seperti Ira Kazar.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik dalam TikTok miliknya, isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu menggesa orang ramai supaya berhenti menyamakan wajahnya yang dikatakan iras dengan ‘budak itu’.

“Inilah ya, orang kata manusia ada tujuh wajah yang sama, pelanduk dua serupa. Tapi sekali dua bolehlah kata muka saya sama dengan sesiapa. Tapi kalau setiap kali saya buat video, mesti cakap orang yang sama.

“Ya Allah, Ya Tuhanku, saya ada mak, saya ada ayah, saya ada suami, saya ada muka sendiri. Kalau ikutkan saya ni dah tua, lahir pun 1981 (42 tahun). Terpaksa pula kita ikut muka budak itu sedangkan saya lahir dulu ya, pening,” kata Alyah.

Meskipun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan memiliki wajah yang sama sepertinya, komen-komen yang ditinggalkan netizen nampaknya memberi jawapan bahawa individu yang dimaksudkan itu adalah Ira Kazar.

Tambah Alyah lagi, disebabkan hal itu dia merasakan dirinya seolah-olah tidak memiliki kehidupan.

“Rasa macam aku tak ada kehidupan ke? Aku pun nak orang tahu yang aku ni Alyah,” katanya.

Dalam ruangan komen, tetap ada netizen mengusik pelantun Tak Mungkin Kerana Sayang itu memiliki raut wajah seperti isteri kedua kepada pengarah, Syamsul Yusof itu.

“Ya Allah, buka-buka (TikTok) ingatkan Ira Kazar tadi,” usik seorang netizen.

“Ingatkan Ira Kazar,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

“Eh, memang seiras. Ingatkan Ira Kazar,” dakwa seorang pengikutnya.

Tapi dari pandangan mata Diva, memang ada iras sedikitlah. Jangan marah ya Datin. Gurau saja.

DIVA: Kasihan Puteri Sarah dituduh guna duit Syamsul pergi umrah. Eh, itu kan masih suami dia? Biarlah kalau betul pun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI