fbpx

Semua daerah ada Pejabat Perangkaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. UZIR (tengah) melakukan gimik perasmian Pejabat Operasi DOSM Batu Pahat dan ‘Kick Off’ Road To Hari Statistik Negara 2023, Bangunan Gunasama Persekutuan Daerah Batu Pahat, hari ini.

BATU PAHAT – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) membayangkan akan membuka pejabat operasinya di semua 156 daerah di negara ini, namun pembukaan pejabat berkenaan akan mengikut keperluan dan kepentingan kiraan statistik di sesebuah daerah.

Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sehingga kini DOSM telah membuka 30 pejabat operasi di peringkat daerah yang berperanan mengumpulkan data-data dalam usaha membantu pembangunan negara.

“Keperluan pejabat operasi DOSM ini adalah berpandukan kepada jumlah penduduk, pendapatan, kehadiran pelancong dan sumber ekonomi sesebuah daerah yang ada di negara ini.

“Bagi daerah yang tidak mempunyai pejabat operasi, buat masa ini data dan statistik daerah berkenaan akan diuruskan oleh petugas dari pejabat operasi yang berhampiran,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Perasmian Pejabat Operasi DOSM Batu Pahat di sini hari ini.

Jelas Mohd. Uzir, bermula Januari 2023, bagi pengumpulan data dan statistik di setiap daerah yang mempunyai pejabat operasi, ia akan dilakukan oleh satu sekretariat khas yang diketuai oleh Pegawai Daerah dan disertai Pengarah DOSM Negeri.

“Jika 10 tahun lalu, tiada keperluan untuk membuka pejabat operasi di setiap daerah, dan hanya bergantung kepada pejabat di peringkat negeri, namun kini keperluan berkenaan sememangnya ada serta kita akan laksanakannya berperingkat.

“Sebagai contohnya pembukaan pejabat operasi DOSM di Batu Pahat ini sememangnya perlu kerana daerah ini merupakan daerah kedua tertinggi bilangan penduduk dan mempunyai pertubuhan perniagaan terbanyak selepas Johor Bahru, selain mendominasi sektor perkhidmatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI