fbpx

Satu lagi ‘objek misteri’ ditembak jatuh selepas ceroboh ruang udara Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trudeau berterima kasih kepada AS atas kerjasama mereka membantu menembak jatuh objek tersebut. - AFP

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengarahkan tenteranya dan meminta Amerika Syarikat (AS) memintas sebuah objek tidak dikenal pasti yang menceroboh ruang udara negara itu, sebelum sebuah jet F-22 milik Washington berjaya menembaknya jatuh.

Menurut portal berita MailOnline, insiden itu berlaku sehari selepas Presiden Joe Biden mengarahkan satu lagi ‘objek tidak dikenali’ ditembak jatuh di perairan Alaska dan seminggu selepas sebuah ‘belon pengintip’ melintasi AS ditembak di perairan Carolina Selatan.

Lapangan terbang di perkampungan kecil Mayo, yang menempatkan 200 penduduk di padang gurun Yukon yang terpencil di Kanada ditutup semasa operasi dijalankan.

Sumber kanan kerajaan memberitahu CBC News bahawa objek itu melintasi wilayah Kanada pada pagi semalam. Trudeau mengarahkan ia ditembak jatuh oleh mana-mana negara yang tiba di sana terlebih dahulu.

Dalam satu kenyataan di Twitter, Trudeau berkata, pasukan tentera Kanada kini berusaha untuk mengumpulkan serpihan objek tersebut.

“Saya mengarahkan supaya objek tidak dikenali yang menceroboh ruang udara Kanada dijatuhkan.

“@NORADCommand menembak jatuh objek di gurun Yukon. Pesawat Kanada dan AS berusaha, dan pesawat AS, jet pejuang F-22 berjaya melepaskan tembakan yang mengenai objek itu,” katanya dalam ciapan semalam.

Trudeau berkata, beliau telah menghubungi Biden bagi berbincang mengenai pencerobohan itu.

Beliau turut berterima kasih kepada Komando Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (NORAD) yang berpangkalan di Colorado Springs, Colorado atas kerjasama pasukan mereka.

“Saya bercakap dengan Presiden Biden petang ini (semalam). Pasukan Kanada kini akan mengumpul dan menganalisis serpihan objek itu. Terima kasih kepada NORAD kerana menjaga Amerika Utara,” kata Trudeau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI