fbpx

Neelofa ramal Alif Satar, Aina Abdul menang AJL37

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA meramalkan Alif dan Aina tidak pulang tangan kosong dalam AJL malam ini.

PETALING JAYA – Setiap tahun, selebriti popular Neelofa tidak pernah terlepas daripada kehangatan ramalam siapa juara, siapa yang bakal naik ke podium Anugerah Juara Lagu (AJL).

Untuk AJL ke 37, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor meramalkan Alif Satar bersama kumpulannya The Locos akan meraih sesuatu pada acara berprestij negara tersebut.

“Another year, another prediction (ramalan yang lain!). Saya merasakan dan mengharapkan Alif Satar akan berada dalam senarai tiga terbaik AJL37.

“Bakat dan versatilitinya memang chef kiss (sempurna),” ciapnya menerusi Twitter.

Sementara itu, Neelofa, 34, turut meramalkan penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul akan turut mencipta sejarah tersendiri.

“Tidak dilupakan penyanyi hebat Aina Abdul. she has it in the bag! (Dia akan memenangi sesuatu),” coretnya lagi.

Malam ini, seramai 12 finalis berentap antaranya Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu Terus Hidup ciptaan beliau sendiri. Alif Satar & The Locos mempertaruhkan lagu Anugerah Terindah ciptaannya bersama Romeo, Tam Cobain, Arwis/lirik Alif, Shah Shamshiri dan Romeo.

Lagu lain yang bertanding termasuklah Korban (Ernie Zakri), Bahagiakan Dia ( Shila Amzah dan Liza Hanim).

Turut bersaing, Suatu Malam Di Temasek dendangan Joe Flizzow dan SonaOne ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow; Debu (Dayang Nurfaizah, Amir Masdi/ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim).

Sementara itu, pentas AJL37 akan digamatkan dengan saingan Kembali Terang (Marsha Milan/ciptaan Senna dan Ajin/lirik Senna); Nang (Iman Troye/ciptaan Ezra Kong dan A Ramle) serta Payung Pelangi (Noki, MK/ciptaan dan lirik Noki, MK).

Tidak ketinggalan, Sengsara (Khai Bahar/ciptaan Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K); Irama (Shiha Zikir/ciptaan Qie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves) dan Mainan (Naim Daniel/ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga/lirik Arizs Ab Rahman).

AJL 37 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil buat julung kali menggandingkan dua hos wanita, Sherry Alhadad dan Jihan Muse bagi mengemudi acara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI