fbpx

Mahkamah: Bantahan awal PN terhadap petisyen Parlimen Marang ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Permohonan Perikatan Nasional (PN) untuk membatalkan petisyen dibuat Barisan Nasional (BN) terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan Parlimen Marang ditolak Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani juga memerintahkan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang agar membayar kos RM20,000 terhadap pempetisyen iaitu BN Terengganu berikutan penolakan tersebut.

Dalam prosiding yang berlangsung secara online tersebut, beliau turut menetapkan perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan pada 6 Mac sehingga 21 Mac depan.

Sementara itu peguam, Amin Othman yang mewakili BN Terengganu berkata, mahkamah menolak semua alasan dikemukakan PN dalam bantahan awal terbabit.

“Ini termasuk tarikh memfailkan petisyen ini yang didakwa telah melebihi had masa ditetapkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Sebaliknya mahkamah bersetuju petisyen telah difailkan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan PRU15 diwartakan,” katanya.

Sebelum ini, BN Terengganu memfailkan petisyen membatalkan kemenangan di Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman pada 3 Januari lalu.

Pengerusi BN Terengganu, Datuk Ahmad Said mendakwa pihaknya mempunyai bukti unsur politik wang oleh Pas bagi memancing undi untuk tiga kawasan Parlimen berkenaan pada PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI