fbpx

Lelaki intai rumah orang di Sri Permaisuri disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video lelaki didakwa menghendap rumah penduduk yang tular di media sosial sejak semalam.

PETALING JAYA – Polis buka kertas siasatan terhadap perbuatan seorang lelaki yang menghendap di sebuah kawasan perumahan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah mengesan satu klip video berdurasi 48 saat yang tular di media sosial sejak semalam.

Di dalam video berkenaan, kelihatan lelaki tersebut mengintai sambil merakam di celah-celah tingkap sebuah rumah.

“Pada 16 Januari lalu, kira-kira pukul 11.05 pagi, pihak Polis Cheras telah menerima laporan polis berhubung kejadian ini.

“Sehubungan dengan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini beberapa orang saksi telah dirakam percakapan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zam Halim turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan tampil ke balai polis jika mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian berkenaan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, atau Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai yang berdekatan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI