fbpx

JHEAT lancar kempen ‘Katakan Tidak Kepada Hari Valentine’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa JHEAT mengedarkan risalah kempen 'Katakan Tidak Kepada Hari Valentine' di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengambil inisiatif melancarkan kempen ‘Katakan Tidak Kepada Hari Valentine’ bagi membanteras aktiviti maksiat pada sambutan Hari Kekasih lusa.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, kempen tersebut menyasarkan golongan remaja, pelajar institusi pengajian tinggi dan pasangan kekasih.

“Seramai 20 pegawai penguat kuasa syariah JHEAT terlibat mendekati golongan berkenaan bagi menyampaikan risalah dan memberi nasihat kepada golongan terbabit.

“Kita menerangkan sambutan Hari Kekasih bercanggah dengan syariat Islam kerana dikhuatiri boleh menjurus kepada aktiviti maksiat,” katanya di sini hari ini.

Khairul Azizi berkata, golongan remaja juga diingatkan agar tidak terikut-ikut dengan budaya Barat sebaliknya meluangkan masa dengan keluarga pada hari tersebut.

“Operasi mencegah maksiat akan diadakan pada malam sambutan Hari Kekasih. Pasangan boleh ditangkap mengikut Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI