fbpx

Tak senang duduk tengok gaun Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Janna Nick pada malam AJL37 mengundang perhatian ramai.

PETALING JAYA – Anugerah Juara Lagu ke-37 terus menjadi topik hangat dalam media sosial.

Selain persembahan finalis dan rakaman kamera, persalinan digayakan Janna Nick di karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) antara topik hangat yang diperkatakan netizen malam ini.

Penyanyi Gatal itu tampil yakin dengan gaun meleret bergemerlapan dengan kilauan ‘blink blink’ rona perak yang mencuri perhatian apabila rekaa gaunnya diberi serlahan dengan material senada warna kulit.

Andai dilihat dari jauh, gaun tersebut seakan-akan menunjukkan Janna berpakaian seksi, sedangkan hakikatnya sekadar permainan ilusi.

Biarpun berlapik, rata-rata netizen menganggap pelakon dan hos popular terbabit sengaja memancing kecaman dengan pemilihan  fesyen sebegitu.

Tinjaun Kosmo! Online mendapati akaun laman sosial yang berkongsi gambar pemilik nama Nurul Jannah Muner itu dibanjiri pelbagai ulasan negatif bahkan ada yang mencuit hati.

Dalam kalangan netizen ada juga yang secara sinikal menyatakan pereka tidak sempat menyempurnakan jahitan pada beberapa bahagian baju itu di saat akhir.

“Labuci habis, ‘fashion designer’ tak sempat nak beli,” kata pemilik akaun TikTok.

“Sengaja mencari kecaman walaupun itu ‘inner’,” komen seorang pengguna laman sosial lain.

“Macam jahit sendiri,” tambah seorang lagi netizen.

Begitupun, masih ramai peminat yang memuji penyanyi berusia 28 tahun ini selain memintanya bertenang berdepan kecaman netizen.

Janna sebelum ini sememangnya berani tampil berbeza seperti ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 2021 dengan memakai topeng muka berinspirasikan filem Squid Game.

Sementara itu, seiring tema Dimensi Muzik, finalis dan artis jemputan turut bergaya pada segmen karpet merah pada majlis yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Karpet merah disiarkan secara langsung menerusi platform penstriman, Tonton pada jam 8 malam yang dihoskan Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy.

AJL37 menyaksikan pertarungan 12 lagu yang buat julung kali menggandingkan dua hos wanita, Sherry Alhadad dan Jihan Muse mengemudikan acara. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI