fbpx

Moyang bersemangat jual kerepek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maznah menunjukkan kerepek pisang yang dijualnya di Kampung Kuala Por, Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam. – NOOR HAYATI MAMAT

HULU TERENGGANU – Biar­pun sudah berusia 74 tahun bukan penghalang buat seorang wanita warga emas terus gigih berniaga kerepek pisang di sekitar pekan Kuala Berang, di sini.

Maznah Deraman berkata, dia sudah berniaga kerepek pisang yang dihasilkan sendiri sejak hampir 50 tahun lalu.

“Saya sudah berniaga kerepek pisang sejak 1970-an lagi. Waktu itu anak saya masih kecil, kini saya sudah bergelar moyang kepada 16 cicit.

“Tiga jenis kerepek dijual iaitu pisang bergula, lemak manis dan lemak masin,” katanya ketika ditemui di Kampung Kuala Por, di sini semalam.

Ujarnya, dia mendapat bekalan pisang nangka muda dari sekitar daerah ini dan setiap bungkus kerepek pisang dijual pada harga RM4.

Dia yang lebih mesra dipanggil Moksu berkata, selain menjual dari rumah, dia juga menggagahkan diri menjaja kerepek pisang itu di sekitar pekan Kuala Berang sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

“Biasanya saya dihantar ahli keluarga atau menaiki van sewa dengan caj RM3 sehala untuk berniaga kerepek pisang di pekan Kuala Berang.

“Ikutkan badan sudah semakin uzur dan pendengaran juga sudah kurang baik tetapi saya masih bersemangat berniaga kerepek pisang,” katanya.

Katanya, berdasarkan kudrat yang semakin terbatas, dia hanya mampu menjual antara 15 hingga 20 kilogram kerepek pisang seminggu.

Namun, dia amat bersyukur kerana memperoleh pendapatan kira-kira RM200 seminggu hasil menjual kerepek pisang berkenaan.

“Selagi masih larat, saya akan terus berniaga kerepek pisang selagi hayat dikandung badan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI