fbpx

Kanak-kanak lemas, rakan hilang hanyut dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang daripada dua kanak-kanak lelaki yang hanyut dalam longkang ditemui maut di Jalan Ukay Perdana, Ukay Ampang, Ampang, petang tadi.

AMPANG – Seorang daripada dua kanak-kanak lelaki ditemui maut selepas tergelincir lalu hanyut dalam sebuah longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Ampang, di sini, petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.44 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Katanya, sebanyak sembilan anggota berserta dua jentera telah dikejarkan ke lokasi kemalangan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, bagi melakukan kerja mencari dan menyelamat (SAR).

“Setibanya anggota di lokasi mendapati dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia lapan dan 10 tahun telah hanyut dalam sebuah longkang berkedalam empat kaki.

“Dipercayai kedua-duanya ketika itu sedang bermain air di longkang, kemungkinan telah tergelincir semasa hujan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Norazam, kerja mencari dan menyelamat setakat pukul 6.30 petang telah menemui mangsa pertama namun sudah meninggal dunia.

“Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan, 10 tahun ditemui kira kira 200 meter daripada jarak dari lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa kedua, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie, 8 tahun masih diteruskan sehingga kini,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI