fbpx

Isteri bakar wanita didakwa kekasih suaminya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkapan layar dari klip video media sosial menunjukkan seorang wanita dibakar di Wilayah Quang Nam pada 26 Januari lalu. - Foto VNEXPRESS

HANOI, Vietnam – Polis menahan seorang isteri berusia 23 tahun atas dakwaan cubaan membunuh selepas dia membakar wanita lain kerana dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya, lapor portal berita VNEXPRESS kelmarin.

Ibu mertua isteri tersebut turut ditahan selepas rakaman video insiden tersebar di media sosial pada 26 Januari lalu. Kejadian itu berlaku di Daerah Duy Xuyen, Wilayah Quang Nam.

Dalam video itu, dua orang wanita menyerang mangsa di kawasan perumahan sebelum salah seorang daripada mereka menuang petrol ke atas tubuhnya dan menyalakan api. 

Wanita itu dilihat terbakar kira-kira 20 saat sebelum beberapa saksi bertindak memadamkan api dan menghantar mangsa ke sebuah hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurut polis, Phuong percaya suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita berusia 28 tahun itu yang berasal dari Da Nang yang berjiran dengan Quang Nam.

Pada pagi 26 Januari lalu, si isteri mendapati suaminya membawa wanita itu keluar dari sebuah bar karaoke, menyebabkan wanita tersebut bersama ibu mentuannya bertindak memukul mangsa.

Si isteri itu kemudian mencurahkan 1.5 liter petrol sebelum membakar wanita tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI