fbpx

Comel pula Aqish tahan tangisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI BALQIS

KEJELITAAN pelakon berbakat besar Puteri Balqis baru-baru ini sekali lagi tular dalam media sosial apabila videonya menahan air mata di belakang pentas mendapat pujian ramai.

Air matanya itu bukan disebabkan sebarang masalah mahupun insiden tidak diingini tetapi lebih ke arah nak menahan tangisan berharganya itu kerana enggan merosakkan solekan yang dikatakan telah menggunakan produk-produk mahal.

“Tak boleh menangis, solekan mahal.

“Air mata seorang perempuan sangat mahal. Bedak sahaja sudah berjenama Dior,” katanya sambil menahan air mata.

Tindakan Puteri Balqis itu seterusnya mendapat pujian ramai yang rata-ratanya berpendapat aktres berusia 16 tahun itu sangat jelita dan bakal menjadi pelakon pelapis hebat satu hari nanti.

“Solekannya itu membuatkan wajah Puteri Balqis persis Fasha Sandha.

“Lucu pula lihat gelagatnya, bagus sungguh Puteri Balqis sudah menjiwai dan bijak mengawal emosi sebelum naik ke pentas,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI