fbpx

Budak 10 tahun lemas dalam kolam terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah mangsa dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Telaga Papan, Pasir Puteh malam ini. FOTO TOREK SULONG/KOSMO.

PASIR PUTEH – Seorang murid tahun empat ditemui maut selepas dipercayai lemas di dalam sebuah kolam terbiar berhampiran padang bola sepak di Kampung Telaga Papan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Adam Haqif Mohd. Razali, 10, disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas di kawasan kolam sedalam dua meter.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, berdasarkan siasatan dan keterangan saksi, mangsa bersama dua rakannya dipercayai bermain di dalam kawasan takungan air yang merupakan satu permukaan tanah yang telah digali untuk dijadikan padang bola sepak.

Menurutnya, Mohd. Adam Haqif pada awalnya hanya turun di kawasan yang cetek sebelum tergelincir ke kawasan sedalam kira-kira dua meter.

“Mangsa yang dikatakan tidak pandai berenang gagal untuk menyelamatkan diri ke tebing kolam itu sebelum lemas. Dia dapat dibawa naik ke tebing kolam selepas rakan-rakannya meminta pertolongan penduduk kampung, namun mangsa sudah tidak sedarkan diri.

“Bapa mangsa yang bergegas ke lokasi kejadian telah membawa Mohd. Adam Haqif ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku di sini. Pegawai Perubatan klinik itu mengesahkan kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zaizul Rizal, hasil bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Tengku Anis di sini mendapati kematian mangsa berpunca daripada lemas apabila paru-parunya dipenuhi air.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga Papan di sini kira-kira pukul 9.30 malam tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI