fbpx

PM singgung peranan ASEAN depani isu serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ucaptama beliau di Majlis Wacana The Future of ASEAN di Thailand hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Thailand merupakan antara negara terpenting dalam kerjasama ekonomi dan lapangan budaya yang mesti diberi tumpuan.

Bukan itu sahaja, ketika bersama barisan kepala industri di majlis wacana mengenai peranan, tantangan serta prospek masa depan kerjasama dan kesatuan serantau dalam ASEAN pagi tadi, Anwar turut singgung mengenai peranan ASEAN dalam mendepani isu-isu serantau terutamanya melibatkan Myanmar dan masalah pelarian.

“Dalam ucaptama, saya menyatakan bahawa Thailand adalah antara negara terpenting dalam kerjasama ekonomi dan lapangan budaya yang mesti diberi tumpuan.

“Saya turut singgung mengenai peranan ASEAN dalam mendepani isu-isu serantau terutamanya melibatkan Myanmar dan masalah pelarian,” jelasnya di hantaran Facebook hari ini.

Tambah Perdana Menteri, ketika sesi soal jawab, beliau turut disoal mengenai etika tatanan yang mahu diterjemahkan, selain isu-isu lewat konflik Rusia-Ukraine dan pertembungan China-Amerika.

“Turut disoal adalah berkenaan ‘de-dollarisation’ oleh gergasi-gergasi ekonomi selain mengusulkan apakah pendirian ASEAN, selain ruang serta manfaat yang boleh dicapai oleh Malaysia dan Thailand.

“Saya amat mengalu-alukan pelaburan asing terutamanya dari negara sahabat Thailand sebagai usaha dan upaya bagi menyemarak hubungan akrab kedua-dua negara tetangga Malaysia-Thailand,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI