fbpx

Pemandu Kancil cabut lari lepas langgar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pemandu Kancil melanggar motosikal ketika mengundur

PETALING JAYA – Insiden pemandu kereta jenis Perodua Kancil bertindak melarikan diri selepas melanggar sebuah motosikal yang berada di belakangnya dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak sekitar Bukit Raja, Klang.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang berdurasi lebih satu minit berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ken Block Faiz menerusi kumpulan Dashcam Owners Malaysia.

Berdasarkan perkongsian tersebut, pemilik kenderaan itu dilihat melanggar motosikal milik seorang rider p-hailing yang diparkir berhadapan tandas stesen minyak berkenaan.

“Ambil ‘side reverse’ siap-siap takut tak lepas nak belok kanan nanti. Kancil kan panjang,” tulisnya dalam hantaran itu.

Sehubungan itu, rakaman berkenaan juga turut mencuri perhatian serta menimbulkan rasa tidak puas hati mereka yang menonton video tersebut.

“Biasa pandu treler tapi hari ni bawa Kancil. Cermin pandang sisi pula kecil,” komen Al Mera.

“Nasib dia la penunggang motosikal bukan kepala angin. Kalau jenis angin puting beliung mahu dia baling topi keledar dah. Sepak kereta lagi,” tulis Mohd Salim.

“Tak hairan kalau spesis macam ini masih wujud, memang susah nak hapuskan. Kena berhati-hati selalu,” pesan Tarpoktar Tarpoktar.

Dalam pada itu, sikap pemandu Kancil yang tidak berhenti serta meminta maaf kepada penunggang motosikal terbabit cetus kemarahan orang ramai sekali gus menimbulkan persoalan dari mana individu terbabit mendapatkan lesen kenderaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI