fbpx

Pelajar SMK Lui Barat maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Besar Pasoh 2 petang tadi. - GAMBAR IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Besar Pasoh 2, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Taufiq Izham Ramlan, 16, beralamat di Felda Pasoh 3, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berdasarkan siasatan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan Pasoh 3 hendak ke Pasoh 1 tanpa memakai topi keledar.

“Setiba di tempat kejadian iaitu selepas melalui laluan berselekoh menuruni bukit, penunggang motosikal dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan .

“Motosikal mangsa kemudian merempuh batu konkrit di kawasan kejadian. Akibat kemalangan ini, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mayat mangsa di hantar ke Hospital Jempol bagi proses bedah siasat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI