fbpx

Lelaki warga emas maut motosikal bertembung MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan maut di simpang empat kawasan perumahan Taman Patani Jaya di Sungai Petani petang tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah MPV di sebuah simpang empat di kawasan perumahan Taman Patani Jaya (TPJ) di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Ishak Mat Seman, 69, mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan kira-kira pukul 4.23 petang tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Lorong 24 TPJ ke arah Lorong 24 Pekan TPJ.

Menurut beliau, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun pula sedang bergerak di laluan utama dari arah Lorong 25 TPJ ke arah Hotel Merilton.

“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal tidak berhenti di simpang empat TPJ dan terus keluar dari simpang tersebut.

“Tindakan mangsa menyebabkan pemandu MPV tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran antara bahagian hadapan kiri MPV dengan bahagian hadapan sebelah kanan motosikal,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI