fbpx

‘Bawah pokok nangka baru ada internet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. KAMARUDDIN (kiri) bersama anak-anaknya duduk di atas pangkin di bawah pokok nangka untuk mendapatkan capaian internet di Kampung Lebur, Kuala Betis dekat Gua Musang. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini menghadapi masalah talian telefon dan capaian internet yang lemah sejak hampir 10 tahun lalu.

Masalah berlaku apabila kampung berkenaan tiada pencawang dan perlu menum­pang menara telekomunikasi Kuala Betis yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari kampung itu.

Seorang penduduk, Mohd. Kamaruddin Awang, 48, berkata, penduduk bukan sahaja perlu ke lokasi berbukit, malah mereka terpaksa duduk di kawasan pokok nangka di halaman rumah untuk memperoleh capaian ­internet.

Jelasnya, kemudahan talian telefon dan internet yang lemah mendorong penduduk kampung melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mendapat capaian rangkaian telekomunikasi.

“Kami terpaksa cari liputan talian di segenap kawasan rumah agar ada internet pantas untuk anak-anak ulang kaji pelajaran.

Sekiranya mahu capaian internet yang baik, saya dan keluarga terpaksa duduk di atas pangkin di bawah pokok nangka di depan rumah. Liputan di situ juga tidak stabil dan kadangkala terputus juga ,” katanya ketika ditemui Kos­mo! semalam.

Ziey Darwish, 28, pula berkata, penduduk terpaksa bergerak di kawasan halaman rumah sambil memegang telefon untuk mencari lokasi yang mempunyai capaian internet yang lebih baik dan stabil.

Katanya, meski pun menunjukkan rangkaian 4G pada te­lefon pintar, internet di kampung itu tetap perlahan sehingga menyukarkan segala aspek per­hubungan.

“Baru-baru ini, kami ada masalah dengan gangguan gajah liar yang masuk ke kampung. Kami sukar untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana liputan telekomunikasi terhad.

“Kami hairan apabila liputan internet sudah menunjukkan isyarat 4G, tetapi rangkaiannya tidak boleh digunakan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Samsudin Ibrahim, 44, berharap agar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat membina satu menara telekomunikasi untuk kesenangan orang kampung berhubung.

Katanya, penduduk di sini berharap dapat menikmati kemudahan internet yang lebih memuaskan seperti kampung-kampung lain.

“Tolonglah atasi masalah ini secepat mungkin,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI