fbpx

Serah SPRM siasat UiTM Holdings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika hadir pada majlis tersebut . -Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat isu ketidakcekapan dan ketirisan berhubung kerugian RM157juta oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Holdings Sdn Bhd.

“Itu (kerugian) kita serah kepada SPRM,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Syarahan Ulung Siddiq Fadzil Pemikiran Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (Unisel), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar tempatan berhubung kerugian RM157.04 bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

Berdasarkan laporan kewangan pada 2017 dan 2021, syarikat yang menjadi harapan UiTM itu juga didapati tidak memaklumkan laporan kewangannya bagi tahun 2020, justeru kerugian terkumpul dicatatkan dalam tempoh 10 tahun adalah sebanyak RM157.8 juta.

Malah UiTM Holdings mengesahkan isu kerugian itu sedang disiasat SPRM. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI