fbpx

Raub dan Jerantut mula dilanda banjir selepas Kuantan – 200 mangsa dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM melakukan pemantauan di sekitar kawasan Batu Talam di Raub yang mula dinaiki air malam semalam.

KUANTAN – Selepas banjir di Kuantan semakin pulih dengan jumlah mangsa hari ini menurun kepada 200 orang berbanding 2,797 orang semalam, kini dua daerah iaitu Jerantut dan Raub pula mula dilanda banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, setakat ini seramai 233 mangsa daripada 78 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah dilanda banjir itu.

“Daerah Kuantan masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 200 mangsa daripada 65 keluarga diikuti Raub dengan 21 mangsa daripada lapan keluarga dan Jerantut seramai 12 mangsa daripada lima keluarga.

“Hujan lebat berterusan di kawasan Hutan Simpan Hulu Perak dipercayai menyebabkan banjir berlaku di kawasan Raub selepas air Ulu Sungai Lipis melimpah,”katanya di sini hari ini.

Menurut Che Adam, pada masa ini lima sungai di Pahang berada pada paras bahaya iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Sungai Pahang di Paloh Inai dan Sungai Keratong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI