fbpx

Pengeluaran KWSP: Pencen nanti macam mana – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melambai tangan kepada orang ramai selepas menghadiri Majlis Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil Reformasi Pendidikan di Universiti Selangor, Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor hari ini. - SADDAM YUSOFF

KUALA SELANGOR – Kerajaan tetap berpendirian mencari jalan lain bagi membantu rakyat disebalik desakan pelbagai pihak berhubung pengeluaran khas sekali lagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah memperjelaskan sebelum ini mengenai nasib dan masa depan pencarum KWSP khususnya yang telah mempunyai simpanan makin sedikit.

“Dulu kita diminta dikeluarkan, banyak dikeluarkan. Jadi yang tinggal RM10,000, RM5,000, yang hendak keluarkan itu kena fikir apa pilihan kita.

“Dia (pencarum) ada RM5,000 ada RM10,000 hendak keluar, pencen empat tahun lagi apa hendak jadi.

“Jadi, saya ingat liputan itu mesti adil, saya kalau ikut wang dia, biar dia keluar. Tetapi kalau tinggal RM5,000, keluar RM3,000 pencen lima tahun lagi, anak beranak semua, macam mana,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan sulung kerusi Siddiq Fadzil Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (Unisel), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada pengeluaran khas KWSP ada dalam pertimbangan kerajaan dalam belanjawan 2023.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan memohon kerajaan membenarkan tuntutan pengeluaran simpanan KWSP antara RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’.

Pengeluaran khas KWSP telah dilakukan sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra bagi membantu rakyat mendepani kos sara hidup terutama ketika semasa dan selepas pandemik Covid-19.

Jelas Anwar, kerajaan perlu pertimbangkan masa depan pencarum dan berusaha mencari jalan bagi mengurangkan beban rakyat tanpa menimbulkan beban selepas persaraan nanti.

“Betul (ramai minta pengeluaran khas), tetapi kalau wang dia ada, kalau wang tidak ada. Ada RM5,000 tinggal RM3,000, jadi kalau dia pencen esok ada yang hendak pencen dua tahun tiga tahun lagi,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau sekali lagi menegaskan keutamaan dalam Belanjawan 2023 nanti adalah adalah untuk tangani defisit, digital dan keterjaminan makanan, keselesaan rakyat dan masalah kos sara hidup.

“Yang lain, saya akan umumkan masa belanjawan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI