fbpx

Hero K9 Denti, Frankie berkhidmat di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anjing pengesan K9 Denti dan Frankie diterbangkan ke Turkiye bagi misi SAR - FOTO NADMA

PETALING JAYA – Khidmat dua anjing pengesan (K9) Denti dan Frankie dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekali lagi ditagih bagi misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye.

Kedua-dua hero berkenaan diterbangkan bersama kumpulan kedua pasukan SAR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, seramai 70 orang anggota telah diterbangkan bagi misi berkenaan melibatkan 20 orang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), JBPM (30) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) (20).

“Mari kita doakan agar mereka selamat sampai ke destinasi dan segala urusan mereka dipermudahkan. ‘Good luck team!’,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pada 16 Disember lalu, Denti dan Frankie antara enam anjing pengesan JBPM yang digunakan dalam mengesan mayat mangsa tragedi runtuhan cerun di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

Terdahulu, Pada Isnin lalu (6 Februari), pasukan pertama terdiri daripad 75 anggota SMART berlepas ke Turkiye bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Gazientep. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI