fbpx

Gerak hati selamatkan rumah usia 15 tahun daripada terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba memadamkan kebakaran stor di belakang rumah penduduk di Felda Pasir Besar Gemas, di sini, petang tadi. - IHSAN BOMBA

TAMPIN – Gerak hati seorang lelaki yang baharu pulang dari kerja ke bahagian belakang rumah keluarganya di Felda Pasir Besar, Gemas, hari ini, berjaya menyelamatkan rumah berusia 15 tahun itu daripada musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Razeaf Zamri berkata, kejadian kebakaran itu disedari oleh anak tuan rumah berusia 30-an yang ternampak api di stor penyimpanan barangan di belakang rumah.

Menurutnya, tindakan pantas menghubungi pasukan bomba berjaya menyelamatkan kediaman keluarga tersebut daripada musnah.

“Sebaik menerima panggilan pada pukul 6.08 petang, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas serta balai bantuan dari Bahau dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Dalam kejadian ini, stor separuh kekal musnah 100 peratus, namun, kebakaran ini dapat dipadamkan segera dari merebak ke rumah yang terletak berdekatan.

“Kediaman dianggarkan berusia 15 tahun itu dengan keluasan kira-kira 40×100 kaki persegi musnah sekitar dua peratus. Tiada mangsa terlibat manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI