fbpx

2 remaja maut motosikal terbabas, bertembung Proton Wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan sebuah motosikal dinaiki dua remaja yanh hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Wira di Kilometer 52.5 Jalan Batu Pahat-Kluang, malam semalam.

KLUANG – Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 52.5 Jalan Batu Pahat – Kluang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 7.20 malam itu melibatkan penunggang motosikal, Iman Noizan,18, dan pemboncengnya, Muhammad Hafizul Hanafi,15, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Katanya, kejadian berlaku ketika dua remaja berkenaan dalam perjalanan dari arah bandar Kluang menuju ke arah Batu Pahat.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh Iman Noizan secara tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Dalam masa, sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki dua orang lelaki serta seorang wanita berusia 37 hingga 69 tahun datang dari arah Batu Pahat tidak sempat mengelak sebelum berlaku pertembungan,”katanya melalui kenyataan di sini hari ini.

Menurut Bahrin lagi, kedua-dua mangsa kemudiannya di rujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga masing-masing.

Ujarnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (API) 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI