fbpx

Polis rampas ubat batuk, rokok seludup bernilai RM22,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rokok seludup dan ubat batuk yang dirampas dalam serbuan sebuah rumah di Taman Muhibah di Jejawi dekat Arau semalam.

ARAU – Polis menahan seorang tukang kimpal besi bersama 450 karton rokok seludup dan kira-kira 25 liter ubat batuk bernilai RM22,000 di Taman Muhibah di Jejawi dekat sini semalam.

Dalam serbuan pukul 10.28 malam itu, sepasukan anggota polis menemui rokok seludup dan ubat batuk tersebut di dalam sebuah bilik.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya bertindak merampas 25 liter ubat batuk dan 450 karton atau 4,500 kotak rokok pelbagai jenis.

Kata beliau, siasatan mendapati lelaki berusia 55 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek direman selama tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 9(1) Akta Racun 1952,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI