fbpx

KLIA Ekspres jatuh tangga ke-2 kereta api terlaju ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kereta api terlaju di ASEAN, KLIA Ekspres tidak lagi berada pada tangga pertama selepas ini apabila Jakarta-Bandung High Speed Railway (HSR) beroperasi tidak lama lagi.

Menurut laman ASEAN Skyline, pada Jun nanti, KLIA Ekspres tidak lagi menjadi kereta api terpantas di Asia Tenggara selepas Jakarta-Bandung HSR beroperasi.

Dijangkakan kelajuan yang bakal penumpang nikmati bagi perjalanan dari Jakarta ke Bandung adalah sepantas 350 km/jam.

Ketika ini, KLIA Ekspres berada di tangga kedua kereta api terpantas di ASEAN dengan kelajuan 200 km/jam.

Selain itu, berada di tangga ketiga adalah kereta api dari Laos iaitu Boten – Vientiane Railway dengan kelajuan 160 km/jam.

Manakala, berada di tangga keempat adalah Airport Rail Link yang dioperasikan di Bangkok, Thailand dengan kelajuan juga 160 km/jam.

Sementara itu, rakyat Malaysia masih boleh berbangga apabila kereta api ETS Keretapi Tanah Melayu (KTM) laluan Gemas ke Padang Besar berada di tangga ke lima kereta api terlaju di ASEAN

Perkhidmatan tersebut dioperasikan dengan kelajuan 140 km/jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI