fbpx

Hidung lelaki hampir menyerupai kemaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hidung Conrado Estrada mempunyai bentuk hampir menyerupai kemaluan lelaki sebelum dibedah (kiri) dan selepas dibedah di klinik Romo Plastic Surgery, New York baru-baru ini. - Foto Dr. Thomas Romo

NEW YORK – Seorang lelaki tidak lagi mempunyai ketumbuhan menyerupai bentuk zakar pada hidungnya selepas dia menjalani pembedahan di klinik Romo Plastic Surgery, New York secara percuma, lapor portal berita The Sun.

Sebelum menjalani pembedahan, Conrado Estrada diupah mengecat rumah seorang pakar bedah, Dr. Thomas Romo tetapi sebaik sahaja melalui pintu, doktor berusia 62 tahun itu berkata, dia menyedari ada sesuatu tidak kena pada wajah Estrada.

Dr. Romo ialah pengarah pembedahan rekonstruktif plastik di Romo Plastic Surgery dan berdasarkan pengalamannya, dia tahu Estrada, 58, mempunyai penyakit dinamakan l rhinofirma.

Ia adalah keadaan kulit yang menebal, berjerawat dan berlekuk-lekuk di hujung hidung.

Punca penyakit itu tidak diketahui sepenuhnya, tetapi Dr. Romo berkata, Estrada mempunyai kes yang teruk.

Menurut Estrada, dia sukar untuk makan dan bernafas sambil menambah, orang ramai merenungnya dan dia akan memakai pelitup muka kerana malu.

Dr. Romo kemudian memberitahu bahawa beliau akan membantu Estrada dengan melakukan pembedahan secara percuma melalui Yayasan Little Baby Face.

Menulis di laman Instagram, Dr. Romo berkata bahawa selepas mengeluarkan lebihan ketumbuhan itu, dia kemudian membentuk semula hidung Estrada itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI