fbpx

Gempa Turkiye: 70 lagi anggota SMART diterbangkan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 70 lagi anggota SMART dihantar ke Turkiye malam ini bagi membantu usaha SAR mangsa gempa bumi di sana. - IHSAN NADMA

PUTRAJAYA – Seramai 70 lagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan diterbangkan ke Turkiye malam ini bagi membantu operasi mencari dan menyelamat susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Gaziantep baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penghantaran kedua kumpulan kedua itu dibuat selepas keberkesanan ditonjolkan pasukan pertama ketika berada di Turkiye.

“Daripada jumlah itu, seramai 20 anggota merupakan kumpulan SMART manakala 20 lagi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) serta 30 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI