fbpx

7 maut Genting: Mangsa nahas Genting Highlands masih trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Yayasan Buddha Tzu Chi dilihat setia memberikan sokongan kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands petang tadi.

Salah seorang daripada tiga sukarelawan dikenali sebagai Ong, 48, berkata, mereka berada sejak pukul 7 malam di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur bagi membantu keluarga mangsa.

“Kami datang setelah mendengar khabar berita menyayat hati itu. Buat masa sekarang, apa yang saya tahu ada empat mangsa masih lagi sedang dirawat.

“Tadi ada tanya keluarga mangsa bantuan apa yang mereka perlukan, tetapi mereka tidak cakap sangat, mungkin kerana masih trauma,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Tambahnya, kesemua mangsa dipercayai berasal dari Kulim, Kedah dan mengadakan rombongan bersama rakan-rakan ke Genting Highlands.

Terdahulu Kosmo! melaporkan tujuh maut selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di sini hari ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian yang terjadi kira-kira pukul 1.15 petang melibatkan 15 orang penumpang yang sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI