fbpx

7 maut Genting: Mangsa ke Genting Highlands sempena cuti Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah seorang mangsa yang cedera dalam kejadian kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands petang tadi.

SEBERANG PERAI – “Mereka bertolak ke sana (Genting Highlands) sejak tengah malam kelmarin dan sepatutnya balik ke sini (Pulau Pinang) lebih awal. Tapi, kemalangan yang berlaku petang tadi sungguh mengejutkan”.

Itu kata Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Machang Bubok, Teoh Kain Foo ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, sebahagian besar daripada mangsa termasuk yang maut dalam kemalangan ketika turun dari Genting Highlands itu berasal dari Kampung Machang Bubok di sini.

Difahamkan, kesemua mangsa memilih bercuti ke destinasi popular itu sempena perayaan Thaipusam.

“Ketika ini, kebanyakan waris dan ahli keluarga mangsa sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan Bentong (Pahang) untuk proses pengecaman mayat dan sebagainya.

“Saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang tadi, tujuh daripada 15 individu disahkan maut selepas van persiaran yang naiki terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands.

Sementara itu, usaha Kosmo! untuk menghubungi ahli keluarga mangsa yang terlibat gagal kerana kesemua waris terlibat kini dalam perjalanan ke Betong dan Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI