fbpx

[VIDEO] Polis kesan individu terlibat kes rusuhan dalam video tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular kejadian rusuhan di luar sebuah bangunan di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh kelmarin.

IPOH – Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam satu video tular yang memaparkan kekecohan di luar sebuah bangunan di Jalan Sultan Idris Shah di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu dipercayai berlaku pada malam kelmarin.

Katanya, satu laporan polis berkaitan kes itu telah dibuat dengan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Kita sedang mengesan individu-individu yang terlibat dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat juga diminta tampil bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 23 saat yang memaparkan sekumpulan individu bergaduh di luar bangunan Seri Kinta di Jalan Sultan Idris Shah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI