fbpx

Usahawan dijemput sertai Say Aspire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara usahawa yang telah berjaya menerusi program Say Aspire sebelum ini.

PETALING JAYA – Kerajaan Selangor menjemput orang ramai terutamanya usahawan menyertai program pembangunan industri mikro, kecil dan sederhana (IMKS) berorientasikan eksport melalui program Say Aspire.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri,  Rodziah Ismail berkata, program terbabit dijadualkan berlangsung pada Mac sehingga Mei depan dan menyasarkan penyertaan 30 usahawan IMKS di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global.

Beliau berkata, syarat penyertaan adalah syarikat hendaklah beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur 18 hinnga 40 tahun serta tidak diisytiharkan muflis atau disenarai hitam.

“Antara manfaat penyertaan ialah kursus latihan eksport, rangkaian kerja bersama agensi kerajaan seperti Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) dan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank Malaysia).

“Selain itu peserta berpeluang membuat pembentangan di hadapan Raja Muda Selangor dan berpeluang memenangi geran Say Aspire pada pusingan akhir,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Rodziah berkata, program tahunan ini bermula sejak 2018 dan telah melahirkan ramai usahawan berjaya seperti Medics-Pet, PopsMalaya dan Innersejuk.

“Kerajaan negeri Selangor berharap agar program seperti Say Aspire ini bukan sahaja dapat diteruskan malah diperluaskan lagi demi memupuk semangat juang dan daya saing yang tinggi dalam kalangan usahawan IMKS di Selangor.

“Untuk mendaftar, syarikat boleh melayari laman web www.entrepreneurshipselangor.com.my/sayaspire dan permohonan ditutup pada 12 Februari 2023. Syarikat yang terpilih akan dimaklumkan oleh pihak penganjur,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI