fbpx

Sekretariat Kerajaan Perpaduan setuju tubuh 3 jawatankuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Menara Dato Onn sebentar tadi. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang diadakan malam ini bersetuju untuk menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti dalam kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jawatankuasa itu melibatkan Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya serta Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.

“Satu Jawatankuasa Strategi dan Jawatankuasa Pilihan Raya akan menumpukan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan bila-bila masa, dan jawatankuasa ini tentunya akan mencadangkan hal-hal PRN.

“Jawatankuasa ini juga meliputi pembahagian kerusi antara parti politik di dalam kerajaan serta memastikan persediaan yang kukuh menghadapi PRN,” jelas beliau dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato’ Onn sebentar tadi.

Tambah Anwar, kesepakatan dan komitmen yang ditunjukkan oleh kesemua parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan ini juga dilihat amat positif.

“Suatu hal disepakati sangat positif bagi saya, kesepakatan dan komitmen semua parti termasuk Sabah dan Sarawak membantu sebagai satu pasukan,” ujar beliau.

Perdana Menteri menambah, Kerajaan Perpaduan yang dianggotai oleh PKR, Barisan Nasional, DAP, Amanah, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah cukup dua pertiga kerusi di Parlimen.

“Pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini telah mempunyai majoriti dua pertiga atau 148 kerusi di Parlimen.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI