fbpx

Napoli sasar buru dua kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSIMHEN berjaya meledak dua gol ketika Napoli menewaskan Spezia sekali gus mendahului carta penjaring terbanyak Serie A. – AFP

SPEZIA – Kedudukan Napoli selaku pendahulu saingan Serie A terus kukuh selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Spezia pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Alberto Picco malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, pe­nyerang Napoli, Victor Osimhen memastikan dia terus memimpin senarai penjaring terbanyak ­Serie A musim ini apabila meledak dua gol, manakala satu gol lagi dija­ringkan Khvicha Kvaratskhelia.

Selepas kemenangan besar itu, jurulatih Napoli, Luciano Spalletti terus memasang hajat besar apabila beliau meletakkan sasaran untuk merangkul gelaran berganda dengan memenangi ­Serie A dan Liga Juara-Juara.

“Mana-mana pasukan boleh kekal atau menukar sasaran pada bila-bila masa. Bagi Napoli, kami sudah buat keputusan untuk mempertaruhkan kemam­puan pasukan bagi mengejar kejuaraan berganda musim ini.

“Saya harap semua pemain kekalkan permainan se­perti ini, iaitu turun dengan mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan. Kami perlu lakukannya bagi membalas kepercayaan semua penyokong Napoli,” katanya.

Mengulas aksi ditampilkan barisan pemainnya, beliau gembira kerana mereka menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan.

“Apa yang menjadi perbezaan dalam perlawanan ini adalah mentaliti para pemain Napoli kerana bukan mudah bermain di stadium ini, ditambah kelebihan yang ada pada bahagian tengah Spezia,” ujar Spalletti.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI