fbpx

Ibu, isteri berkomplot culik kekasih gelap suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Berang suami mempunyai kekasih gelap dengan wanita warga asing, seorang isteri berkomplot dengan ibu mentuanya melarikan wanita tersebut, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, tindakan dua individu itu terbongkar selepas kedua-duanya ditahan bersama seorang lelaki berusia antara 37 hingga 52 tahun di Temerloh, Pahang, dan Bandar Baru Sentul, di sini , kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan daripada seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun pada pukul 12.38 pagi, Sabtu lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada sekitar pukul 11.45 malam di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, di sini, Jumaat lalu.

“Semasa kejadian, lelaki itu meninggalkan teman wanitanya (mangsa) di dalam kereta dengan pintu tidak berkunci dan enjin dalam keadaan masih hidup.

“Tiba-tiba, lelaki tersebut dimaklumkan oleh saksi bahawa keretanya telah dibawa lari oleh satu lelaki tidak dikenali dan menuju ke jalan besar menghala ke Gombak.

“Pengadu segera menghubungi telefon bimbit manga tetapi mendapati ia telah dimatikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, pihak polis berjaya mengesan kereta pengadu ditinggalkan di tepi jalan berhampiran sebuah pasaraya besar di Rawang, namun tiada mangsa di dalamnya.

Menurut Eng Lai, penahanan dua wanita dan seorang lelaki pada pukul 1.50 hingga 5.30 pagi di lokasi berasingan telah berjaya menemui mangsa di Bandar Dataran Segar, Port Dickson pada pukul 7.30 petang, kelmarin.

“Wanita warga asing berusia 26 tahun ditemui selamat dan beberapa telefon bimbit milik suspek serta kereta digunakannya turut dirampas.

“Motif kejadian adalah berpunca daripada masalah rumahtangga. Perancang utama dalam kejadian ini adalah ibu dan isteri yang hendak memisahkan hubungan intim antara pengadu dan mangsa.

“Ketika diselamatkan mangsa cedera ringan di hidung, muka, kepala dan badan. Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Jelas Eng Lai, kes disiasat di bawah Seksyen 362 Kanun Keseksaan. Ketiga- tiga saspek ditahan reman sehingga esok untuk siasatan laniut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI