fbpx

Gabungan NGO sumbang RM400,000 kepada mangsa gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrir Azfar (dua kiri) bercakap pada sidang akhbar secara maya hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia for Syria (MFS) dan Global Peace Mission (GPM) bersama lebih 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dan Indonesia akan menghantar sumbangan sebanyak RM400,000 dalam bentuk tunai serta barangan keperluan bagi meringankan beban mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Ketua pegawai Eksekutif MFS, Shahrir Azfar Saleh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM250,000 dana sumbangan awal akan dibawa oleh pasukan peninjau terdiri daripada lima orang rakyat Malaysia yang dijangka bertolak Khamis ini.

“Dana sumbangan ini lebih tertumpu kepada bantuan membeli peralatan mencari dan menyelamat, perlindungan sementara seperti khemah termasuk keperluan asas serta makanan sedia unuk dimakan.

“Selain itu, kita juga akan berikan petrol dan juga bahan bakar kepada mangsa bagi menghadapi cuaca musim sejuk,” katanya pada sidang akhbar secara maya, hari ini.

Dalam masa sama, katanya, kit musim sejuk bernilai RM150,000 turut akan diberikan hasil sumbangan daripada syarikat Decathlon.

“Kit itu meliputi baju sejuk, stokin, sarung tangan dan topi musim sejuk. Ia akan diterbangkan ke Turkiye melalui kargo khas penerbangan Turkish Airlines,” ujarnya.

Shahrir Azfar berkata, gabungan itu juga turut mewujudkan dua pusat koordinasi bantuan dan perlindungan sementara di Gaziantep, Turkiye serta Aleppo, Syria.

“Ini merupakan bantuan fasa satu dan fasa dua yang mana akan dihantar terlebih dahulu. Untuk fasa tiga iaitu fasa pemulihan, kita sasarkan sebanyak RM3 juta dana bantuan dapat dikumpul.

“Orang ramai yang berhasrat untuk menyalurkan bantuan boleh menyumbang menerusi akaun-akaun NGO gabungan yang terlibat antaranya di GPM (Maybank 564221611602), MFS (Maybank 564810513971) dan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Maybank 564801647699). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI