fbpx

Banjir: Johor hampir pulih sepenuhnya, hanya 163 mangsa di 4 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan pemantauan banjir di Kampung Pagoh, Segamat ekoran peningkatan air pasang semalam.

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini hampir pulih sepenuhnya apabila hanya tinggal seramai 163 penduduk yang masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa berkenaan terdiri daripada 44 buah keluarga.

Menurut beliau, jumlah itu menunjukkan pengurangan ketara jika dibandingkan dengan seramai 420 mangsa yang direkodkan, pagi semalam.

“Bagaimanapun, tiga daerah masih mempunyai PPS yang beroperasi iaitu Batu Pahat, Segamat dan Mersing.

“Batu Pahat menempatkan seramai 130 mangsa daripada 34 buah keluarga di dua PPS, manakala di Segamat, 26 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di sebuah PPS dan Mersing seramai tujuh mangsa daripada satu keluarga ditempatkan di satu PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), satu jalan masih ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai disebabkan tanah runtuh.

“Selain itu, Sungai Bekok di Batu Pahat masih merekodkan bacaan air paras bahaya. Dalam pada itu, Segamat, Mersing, Kluang dan Kota Tinggi menunjukkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI