fbpx

Aksi bapa bawa kereta laju ancam nyawa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.

PETALING JAYA – Tindakan seorang bapa yang membawa kereta dengan laju walaupun dua anaknya berada di kerusi penumpang sebelah menerima kecaman pengguna di media sosial.

Video yang dimuat oleh seorang pengguna Twitter malam tadi, telah mendapat perhatian orang ramai berikutan kedua-dua anaknya itu tidak dipasangkan car seat’ (kerusi keselamatan kanak-kanak).

“Ingin rasa duduk sebelah, ok layan,” tulis bapa itu di dalam videonya sambil bertindak membawa kereta dengan sangat laju.

Kelihatan kedua-dua anaknya berasa takut dan berpaut dengan tali pinggang keledar dengan kuat sambil melihat bapa mereka memandu.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 15,000 tontonan dan 458 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan bapa tersebut yang tidak bertanggungjawab kerana dianggap boleh membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit.

“Budak-budak itu tidak nampak teruja langsung. Harap pihak berkuasa segera buat sesuatu,” komen Izyan.

“Kalau anak-anak itu meninggal sebab kemalangan kereta, dan kau pula hidup. Memang salah kau, menangis pun tiada guna,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI