fbpx

Zarina Anjoulie ‘broken’, padam gambar tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPSYEN 'sedih' Zarina dan juga tindakannya memadam gambar bersama tunang mencetus tanda tanya dalam kalangan peminat.

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Zarina Anjoulie dilihat memadam gambar bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey dalam Instagram dan TikTok.

Dilihat sebagai pasangan romantis, tindakan seperti membayangkan dia sedang patah hati mengundang spekulasi terutama kepada pengikut setia yang selama ini melihat kemesraan mereka dalam laman sosial.

Apatah lagi bintang filem Mimpi Moon yang mesra disapa Anju itu turut menyelitkan kapsyen pendek, seakan membayangkan perasaannya ketika ini.

Broken (hancur) tapi masih bertahan,” tulisnya ringkas pada ruangan keterangan video berlatarkan lagu Elley Duhe, Middle of the Night.

Lebih membuatkan peminat tertanya-tanya apabila aktres yang suka berinteraksi dan berkongsi aktiviti harian dengan pengikut itu menutup ruangan komen.

Dalam hantaran lain pula, pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 35, itu memuat naik gambar terbaharu bersama kapsyen yang menyatakan dirinya mengelak daripada perkara kurang menyenangkan.

Sebelum ini, Zarina secara berseloroh mengatakan lelaki berkenaan tidak akan mengahwininya selagi berat badannya tidak turun.

Begitupun, kemudian kapsyen baharu ‘dinaikkan’ yang mengatakan kenyataan sebelum ini telah dijadikan isu sedangkan itu hanya gurauan.

Terdahulu, pada 26 Januari lalu Zarina mendedahkan mereka sudah ‘diikat’, namun tidak berkongsi tarikh disatukan biarpun sudah menempah baju pengantin dan cincin.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan tersebut akan berlangsung pada Mac ini, malah bakal suaminya juga telah membeli rumah baharu di sebuah kawasan elit.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Anju dikurniakan seorang anak lelaki.

Sebelum ini, Zarina dan Elzey yang berstatus duda didakwa sudah berkahwin secara rahsia selepas tampil mesra dan membahasakan satu sama lain sebagai papa dan mama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI