fbpx

Tiga ADUN Warisan umum keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chen Bin (kanan), Norazlina (tengah) dan Mohammad (kiri) ketika mengumumkan keluar daripada Parti Warisan hari ini.

KOTA KINABALU – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan (Warisan), hari ini, mengumumkan keluar parti.

Semua ADUN adalah Mohammad Mohamarin (ADUN Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak).

Ketiga-tiga pemimpin berkenaan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menerusi satu kenyataan bersama ketiga-tiga mereka mengambil keputusan itu dengan harapan agar dapat meneruskan khidmat yang baik kepada masyarakat yang diwakili di kawasan masing-masing.

“Selepas memperhalusi pelbagai aspek dari segenap sudut pertimbangan termasuklah selepas mengambil kira hala tuju gabungan parti dan pandangan akar umbi di kawasan yang kami wakili, maka kami dengan ini mengisytiharkan keluar Parti Warisan.

“Dengan ini, kami memilih berkhidmat sebagai ADUN Bebas serta menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dengan harapan agar kami dapat meneruskan khidmat baik kepada masyarakat yang kami wakili,” kata mereka dalam kenyataan media hari ini.

Menerusi kenyataan sama, ketiga-tiga mereka mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon kemaafan kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakan serta penyokong parti berkenaan.

Sementara itu, semua ADUN terbabit turut memaklumkan untuk melepaskan semua jawatan dalam parti sama ada di peringkat bahagian atau di peringkat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

“Kami berpandangan bahawa sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan kerana ia memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.

“Kami akan bekerja bersama ketua menteri dan kerajaan negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan negeri dan peningkatan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI