fbpx

Servis balut buku teks sekolah RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Servis balut buku teks yang ditawarkan Mas Amalina.

PETALING JAYA – Sesi persekolahan bagi penggal baharu bakal bermula tidak lama lagi dan pastinya para pelajar dibekalkan dengan buku teks sekolah yang berbeza mengikut silibus masing-masing.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa mahupun pelajar itu sendiri untuk membalut buku teks sekolah agar ia tidak rosak sepanjang tempoh pembelajaran.

Namun, ramai yang dikatakan malas untuk membalut buku disebabkan tidak tahu cara yang betul agar kelihatan kemas.

Seorang pengguna Facebook, Mas Amalina menawarkan perkhidmatan membalut buku teks sekolah pada harga serendah RM1 khas buat penduduk di Bangi dan kawasan sekitarnya.

“Assalamualaikum warga Bangi. Alhamdulillah, saya ada buat servis balut buku teks sekolah. Satu buku, RM1.

“Ibu ayah yang belum ada kesempatan nak balut buku teks anak boleh cari saya. Insya-Allah saya boleh bantu,” katanya menerusi satu hantaran yang dikongsikan di kumpulan Facebook, Bandar Baru Bangi Community semalam.

Tambah peniaga tersebut, ibu bapa hanya perlu menyediakan pembalut dan buku teks untuk dihantar kepadanya.

“Untuk urusan book (tempah) slot, boleh terus hubungi saya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bertanya kepada wanita tersebut lokasi rumahnya dan ada juga meminta supaya diadakan perkhidmatan ‘self-pickup’ di rumah pelanggan.

“Kalau ambil buku di rumah boleh? Buat di rumah saya pun tak apa, sebab saya susah nak ke rumah puan, ada anak kecil di rumah,” kata seorang pengguna Facebook yang berminat dengan tawaran tersebut.

“Rajin orang yang buat kerja macam ini, sebab memang ramai ibu bapa yang tak sempat nak balutkan buku teks anak-anak. Moga murah rezeki puan,” puji Az Zahra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI