fbpx

Lagi kes ‘cop’ parkir, siap tulis nota tanda marah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekeping nota ditinggalkan seorang individu meluahkan rasa marah apabila terdapat individu lain telah mengubah kerusinya yang diletakkan pada kotak parkir.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook berkongsi gambar sekeping nota ditinggalkan seorang individu yang meluahkan rasa marahnya apabila ruang parkir keretanya diambil orang lain.

Situasi itu dikatakan berlaku di kawasan perumahan flat di Cheras apabila individu tersebut berang setelah mendapat tahu kerusi yang diletakkan di salah satu kotak parkir telah diubah oleh individu lain.

Menurut individu itu, kotak parkir berkenaan merupakan miliknya disebabkan dia telah meletakkan tanda (kerusi) agar ruang tersebut tidak diguna oleh penghuni flat yang lain.

“Ini parkir orang. Kalau dah letak tanda kerusi, maknanya parkir itu ada orang punya.

“Suka-suka hati ambil parkir aku, pandai pula letak kerusi dalam rumah aku, cerdik ke bengap ni, kau tak belajar beradap kah?,” soal individu tersebut menerusi nota yang ditinggalkan.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen pula, rata-rata orang ramai mendesak agar pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas mengawal situasi ‘cop’ parkir seperti ini kerana budaya tersebut menyusahkan ramai penghuni yang lain.

“Pihak PBT perlu pantau, buat rondaan kawasan-kawasan flat, mana letak kon, botol air, kerusi, angkat sahaja dan buang, kalau nak cop, bayar kotak parkir secara bulanan atau tahunan, tak ada siapa nak marah,” kata @sheronazuki14.

“Pihak berkuasa perlu cari solusi untuk tambah kawasan parkir terutama kawasan flat, terhad sangat, kadang terpaksa parkir tepi jalan yang tinggi risiko untuk kena curi, pecah kereta,” cadang Azizi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI